Mawaddah Homestay Fasa II




Alhamdulillah.....

Mawaddah Homestay dengan fasa keduanya yang beralamat di No. 57, Seberang Pekan, 09100 Baling, Kedah. Mempunyai 3 bilik dan 4 bilik air (3 attached) setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, juga dilengkapi kemudahan astro dan wifi.

Homestay fasa ke-2 ini, lokasinya berhampiran dengan sungai dan betul² berseberangan dengan Pekan Baling. Pandangan gunung Baling yang tersergam indah dan suasana tenang bunyi air sungai memberi suatu kelainan kepada para pengunjung.

Mawaddah Homestay Fasa I



Mawaddah Homestay dibuka pada Januari 2004, beralamat di No.1 & 2 Jalan Weng, Kg. Bawah Gunung, 09100 Baling, Kedah. Lokasinya yang terletak 1 km dari Pekan Baling, memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk sebarang urusan.

Kedudukannya yang berhadapan dengan Gunung Baling pula, memberi peluang pengunjung menikmati suasana dan pemandangan yang indah. Ia mempunyai :

  • 8 bilik penginapan (6 bilik aircond, bilik berkipas, 5 bilik air).
  • Dapur yang lengkap, dengan peralatan memasak termasuk peti sejuk dan set barbeku.
  • Ruang tamu yang besar sesuai dijadikan ruang mesyuarat.
  • Kemudahan tempat letak kereta yang luas, dan banyak lagi ruang sesuai untuk majlis besar seperti majlis perkahwinan.

Mawaddah Homestay juga berdekatan dengan beberapa pusat rekreasi di Baling, seperti Lata Bayu (20km) dan Pusat Peranginan Air Panas Lenggong (15km) . Mawaddah, yang membawa maksud kasih sayang, merupakan konsep dalam pengendalian dan setiap urusan.

Ini amat sesuai dengan tema kami iaitu :


Kasih Maha Pencipta,
kasih sesama insan, kasih pada alam
.”