Mawaddah Homestay Fasa I



Mawaddah Homestay dibuka pada Januari 2004, beralamat di No.1 & 2 Jalan Weng, Kg. Bawah Gunung, 09100 Baling, Kedah. Lokasinya yang terletak 1 km dari Pekan Baling, memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk sebarang urusan.

Kedudukannya yang berhadapan dengan Gunung Baling pula, memberi peluang pengunjung menikmati suasana dan pemandangan yang indah. Ia mempunyai :

  • 8 bilik penginapan (6 bilik aircond, bilik berkipas, 5 bilik air).
  • Dapur yang lengkap, dengan peralatan memasak termasuk peti sejuk dan set barbeku.
  • Ruang tamu yang besar sesuai dijadikan ruang mesyuarat.
  • Kemudahan tempat letak kereta yang luas, dan banyak lagi ruang sesuai untuk majlis besar seperti majlis perkahwinan.

Mawaddah Homestay juga berdekatan dengan beberapa pusat rekreasi di Baling, seperti Lata Bayu (20km) dan Pusat Peranginan Air Panas Lenggong (15km) . Mawaddah, yang membawa maksud kasih sayang, merupakan konsep dalam pengendalian dan setiap urusan.

Ini amat sesuai dengan tema kami iaitu :


Kasih Maha Pencipta,
kasih sesama insan, kasih pada alam
.”